Quantcast
Channel: INFO Archives - Onlajer
Viewing all 198 articles
Browse latest View live

Panduan permohonan rumah mesra rakyat.

$
0
0

Sebenarnya sudah berkali juga saya nak mencari maklumat tentang Projek rumah mesra rakyat.

Ialah siapa yang tidak suka dengan projek ini. Hanya perlu menyediakan sebidang tanah.

Dan seterusnya apabila permohonan diluluskan, SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD (SPNB) akan membina Rumah berkeluasan dari 750kaki persegi hingga 1000 kaki persegi.

Dengan kemudahan yang disediakan ini pasti ramai yang bercita – cita untuk membina sebuah mahligai rumahku syurga ku.

Sedikit info, SPNB adalah sebuah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 untuk menyediakan rumah mampu milik berkualiti dan mampan kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan Dasar Perumahan Negara.

SPNB kini diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bermula 3 Ogos 2018

BORANG DAN DOKUMEN SPNB

SYARAT KELAYAKAN

· Warganegara Malaysia
· Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas
· Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000
· Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
· Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik tanah tersebut
· Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk)
· Tertakluk kepada peruntukan kewangan

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
Salinan kad pengenalan tuan tanah
Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
Salinan sijil nikah pemohon
Borang laporan tapak bergambar

NOTA:

Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A
SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa

TANGGUNGJAWAB PEMOHON

Mengisi dan melengkapkan borang permohonan
Menyediakan jalan masuk ke tapak & tapak pembinaan mengikut spesifikasi
Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik
Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan
Membuka akaun dan membuat pembayaran bulanan (bayaran pendahuluan tiga (3) bulan diwajibkan sebagai sekuriti pembiayaan)

Untuk maklumat lanjut sila layari : –http://spnb.com.my/hubungi-kami/cawangan/

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer, https://t.me/onlajer.

The post Panduan permohonan rumah mesra rakyat. appeared first on Onlajer.


Semak diskaun saman PDRM Terkini

$
0
0

Tahu tak anda bermula 18 hingga 21 Mei ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun hingga 50 peratus bagi bayaran saman terpilih yang dibuat secara dalam talian.

Bagi meringankan bebanan kewangan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan persediaan menyambut Aidilfitri.

Pembayaran dibuat secara dalam talian melalui portal www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my.

Kaunter perkhidmatan jiga dibuka mulai 18 Mei secara berperingkat membabitkan pembayaran saman serta pembekalan dokumen kemalangan di semua ibu pejabat polis daerah dan kontinjen.

CHECK SAMAN
Bagi anda yang kurang pasti berapa banyak saman yang anda ada, kini anda boleh check saman secara online. Caranya:

Check Saman di MyEG

Lungsuri laman web rasmi MyEG di https://www.myeg.com.my/
Login menggunakan butiran yang telah didaftarkan sebelum ini (jika belum daftar sebagai pengguna sila daftar dahulu)
Pergi ke pautan e-Services dan pilih sama ada nak semak saman PDRM / JPJ / AES
Kemudian paparan saman akan dikeluarkan
Jika ingin membuat pembayaran anda boleh teruskan kepada pembayaran online
Check Saman di Rilek

Lungsuri portal RILEK di https://www.rilek.com.my/
Sila daftar sebagai pengguna
Kemudian login menggunakan username & password yang telah didaftarkan
Kemudian klik pada menu “Search By” dan pilih semak saman JPJ / Polis
Isi maklumat yang diminta dan klik butang Semak

Check Saman Polis SMS

Taip POLIS SAMANNo. Kenderaan
Hantar ke 15888
Contoh: POLIS SAMAN AKU8055
Atau

Taip POLIS SAMANNo. Kad Pengenalan
Hantar ke 15888
Contoh: POLIS SAMAN 850102012311

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer, https://t.me/onlajer.

The post Semak diskaun saman PDRM Terkini appeared first on Onlajer.

Muat turun Panduan Solat Aidilfitri

$
0
0

Alhamdulilah syukur sudah tidak berapa lama lagi umat Islam akan menyambut kehadiran Syawal. Tanda kemenangan umat Islam berpuasa melawan nafsu ketika Ramadan.

Kesyukaran tidak terhingga kerana waktu Ramadan ini banyak kelebihan dan rahmat yang turun untuk umat junjungan kita Nabi Muhammad SAW.

Dimana di era covid19 ini kita perlu patuh kepada arahan pemerintah dan mengikuti SOP yang telah dikeluarkan.

Oleh itu saya juga ingin berkongsi panduan solat aidilfitri bagi kemudahan anda sekeluarga.

Semoga perkongsian ringkas ini bermanfaat untuk anda semua.

Panduan solat aidilfitri

Rakaat pertama

  1. Takbiratul Ihram serta Niat :-
    “Sahaja aku solat sunat Aidilfitri dua rakaat sebagai (imam/makmum) kerana Allah SWT”.
  2. Membaca Doa Iftitah.
  3. Bertakbir tujuh (7) kali pada rakaat pertama. Sunat
    mengangkat tangan ketika takbir.
  4. Sunat diselangi Bacaan Tasbih pada setiap takbir :-
    سُبْحَانَ اللّهِ ، والْحَمْدُللّهِ ، وَ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ ، وَ اللّهُ اَكْبَرُ
  5. Membaca surah Al Fatihah dan surah Al-A’laa atau surahsurah lain.

Rakaat kedua

  1. Takbir sebanyak lima (5) kali dan diselangi dengan bacaan
    tasbih seperti pada rakaat pertama.
  2. Membaca surah Al Fatihah dan surah Al-Ghaasyiyah atau
    surah-surah lain.
  3. Memberi Salam.
  4. Setelah Salam sunat diikuti dengan Dua Khutbah Hari Raya.

Muat turun Khutbah hari raya dari sini -Khutbah Raya 2020 – TINGKATKAN AMALAN DI BULAN SYAWAL DALAM MENGHADAPI WABAK COVID-19

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer, https://t.me/onlajer.

The post Muat turun Panduan Solat Aidilfitri appeared first on Onlajer.

Nasihat untuk jemaah di mesjid atau surau.

$
0
0

Alhamdulilah, sejak 12 jun 2020 Masjid di sekitar tempat saya sudah membolehkan kita berjemaah seramai 40 orang tidak termasuk AJK dan petugas masjid.

Dengan ini ramailah yang terbuka hati untuk menunaikan solat berjemaah dikariah masing – masing. Sebelum tu jom kita baca Nasihat untuk jemaah dimesjid atau surau.

PATUHI SOP SOLAT BERJEMAAH DI MASJID DAN SURAU

Di sesetengah mesjid dan surau ada pengerusinya mengadu. Bahawasanya masih ada yang datang ke masjid dan surau untuk bersolat tetapi tidak mematuhi SOP yg ditetapkan. Mohon para jemaah memahami situasi hari ini yang tidak menentu, kita masih dilanda risiko covid19.

Bukan apa kita tidak mahu dijadikan bahan atau modal orang lain mengatakan kita ini adalah kluster jangkitan.

Dari dapat kelongaran berjemaah seramai 40orang , terus balik asal 12 orang atau sekadar , 3 orang. imam, bilal dan noja kan sedih jadinya.

Nasihat untuk jemaah dimesjid atau surau.

Makanya Para ajk masjid dan surau bertanggungjawab dengan masjid dan surau.

Mereka adalah merupakan barisan hadapan berhadapan dengan risiko kesihatan diri sendiri dan jemaah yg lain.

Walaupun ada sesetengah para jemaah yang gagal mematuhi SOP yang ditetapkan kerana pelbagai alasan.

Dan ada yang ambil mudah dan bersikap degil serta “sambil lewa”, mengakibatkan semua jemaah yg lain terdedah dengan risiko kesihatan dan seterusnya boleh menjadikan masjid dan surau menjadi pusat penyakit.

Solat berjemaah di masjid maknanya kita perlu bersedia mengikut perintah masjid yg diketuai oleh imam.

Islam meletakkan penjagaan kebersihan dan keselamatan nyawa di antara perkara yang sangat dititikberatkan.

Masjid dan surau telah menetapkan SOP untuk keselamatan semua jemaah.

Kelengkapan dan syarat untuk berjemaah di masjid dan surau.

Mohon jemaah ;-
1.memakai pelitup mulut.
2.membawa sejadah gebu sendiri.
3.pastikan sihat dan ambil suhu badan.
4.jarak sosial 1 meter.
5.Bawa sendiri pen (jika boleh)

Nasihat untuk jemaah di mesjid atau surau.

Nasihat seterusnya, Sekiranya perkara di atas gagal dipatuhi dan merasakan SOP menyukarkan diri untuk kita patuhi sebagai makmum , maka solat sahajalah berjemaah di rumah.

Pihak berkuasa akan buat pemantauan mengejut di Masjid dan surau.

SEMESTINYA umat Islam yg ke masjid atau surau, biarlah jadi contoh , menitikberatkan hal kebersihan, keselamatan dan jaga rumah Allah, jaga keselamatan sahabat jemaah yg bersama utk bersolat.

Baca juga – Masjid kampung seri merlong

Follow juga telegram onlajer

The post Nasihat untuk jemaah di mesjid atau surau. appeared first on Onlajer.

Tebus RM50 dengan mendaftar Aplikasi MySejahtera

$
0
0

Penggunaan aplikasi MySejahtera menjadi norma baharu buat masyarakat di negara ini sebagai antara kaedah bagi membantu kerajaan, khususnya Kementerian Kesihatan (KKM), dalam pengawasan penularan wabak COVID19 di Malaysia

Aplikasi MySejahtera merupakan satu instrumen penting bagi memperkasa orang ramai menerusi maklumat terkini COVID19 dan nasihat kesihatan, akan membolehkan KKM mengambil tindakan yang cepat dan tepat untuk mengenal pasti serta memaklumkan kontak rapat sekiranya berlaku kes jangkitan COVID19 dalam masyarakat.

Teruskan mematuhi SOP PKPP supaya kita semua dapat putuskan penularan wabak COVID19.

Cara Mendaftar Pengguna Aplikasi MySejahtera

Ikuti langkah berikut untuk menggunakan aplikasi buat kali pertama

  1. Muat turun dan buka aplikasi MySejahtera
  2. Klik butang Daftar Di Sini” bagi mendaftar pengguna baharu
  3. Masukkan nombor telefon bimbit lali klik “Daftar” atau klik pautan “Saya ingin menggunakan e-mel untuk mendaftar” (jika ingin mendaftar menggunakan e-mel)
  4. OTP akan dihantar melalui SMS daripada 63839 sekiranya mendaftar menggunakan nombor telefon. Sekiranya mendaftar menggunakan e-mel. pautan pengesahan pendaftaran akan dihantar melalui e-mel
  5. Isikan OTP yang diterima dan klik butang “Hantar” sekiranya mendaftar menggunakan nombor telefon atau klik pada pautan dalam emel sekiranya mendaftar menggunakan e-mel
  6. Lengkapkan butiran pendaftaran seperti arahan di skrin dan klik butang “Sahkan”
  7. Mesej “Pendaftaran Berjaya” akan dihantar. Klik pada link “Tutup” di bahagian bawah skrin untuk kembali ke laman Log Masuk
  8. Tiba di laman Log Masuk, isikan ID Pengguna (nombor telefon atau e-mel) dan kata laluan anda lalu klik butang “Log Masuk”

Cara Mendaftar Aplikasi MySejahtera

Anda perlu tahu hanya sekali sahaja setiap orang dapat tebus RM50 itu dan pastikan anda memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Pastikan anda ikut arahan di atas untuk daftar dan tebus kredit eWallet anda.

Program ePenjana yang bernilai RM750 juta, Kerajaan akan mengkreditkan RM50 ke dalam akaun e-dompet pengguna. Ini akan dipadankan dengan tambahan baucar, pulangan tunai dan diskaun berjumlah RM50 daripada syarikat khidmat e-dompet.

Inisiatif ini yang akan bermula pada bulan Julai 2020 akan memanfaatkan 15 juta rakyat Malaysia.

Insentif eTunai Rakyat ini, anda mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Warga Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas pada 31 Disember 2020
  3. Pendapatan kurang daripada RM100,000 pada tahun 2018 (RM8,333 sebulan)

Bagi menerima dana tambahan eTunai RM50 melalui BSH, syarat kelayakannya adalah sama seperti syarat kelayakan penerima BPN iaitu:

  1. Warga Malaysia
  2. Lelaki / wanita ketua keluarga dengan pendapatan bulanan RM4,000 ke bawah
  3. Berumur 40 Tahun – 59 Tahun dengan pendapatan RM2,000 ke bawah (Bagi kategori bujang)

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer, https://t.me/onlajer.

The post Tebus RM50 dengan mendaftar Aplikasi MySejahtera appeared first on Onlajer.

Kepentingan pembinaa dewan terbuka masyarakat setempat

$
0
0

Kepentingan pembinaan dewan terbuka untuk masyarakat setempat biasanya perlu dijalankan oleh ahli jawatan kuasa yang dilantik oleh penduduk.

Dan biasanya dewan terbuka ini akan memberi manfaat kepada penduduk seperti :-

1) Kebiasaan dana Pembangunan diperolehi dari majlis pebandaraan setempat.

2) Dewan akan Sepenuhnya diserahkan kepada Komuniti setempat.

3) Biasanya ia lengkap Berpagar & Dijaga sendiri oleh Komuniti tersendiri.

4) Jika ada bangunan lama atau binaan. Contohnya seperti Kabin lama ia akan dipindahkan ditempat yang lebih sesuai atau dijadikan Store perkakasan gotong royong penduduk.

Atau mana – mana yang diangap sesuai dalam perbincangan.

5) Sebuah dewan terbuka perlu juga disediakan Sebuah Bilik Mesyuarat untuk kegunaan Komuniti penduduk.

6) Munkin boleh dicadangkan lagi untuk sebuah bilik bacaan atau pun ruangan keluarga jika pada masa hadapan ia diguna untuk majlis perkahwinan.

7) Program Masyarakat seperti Ibadah Qurban, Hari Keluarga, Khatam Al-Quran, Penutup Marhaban, Maulud Nabi, Ceramah Perdana, Indoor Game & Gotong Royong Perdana yang biasa diadakan saban tahun akan dilakukan disini dan tidak perlulah mengeluarkan kos sewa khemah lagi.

8) Angaran penjimatan Kos Sewa Khemah setiap kali program contoh seperti program Qurban komuniti penduduk. Setiap tahun jika sewa khemah sebanyak 8 unit x RM300 = RM2400 .

2400 dapat dijimatkan. Namun bergitu jika majlis lebih besar yang dijalankan penambahan khemah pasti diperlukan.

9) Kesesakan Jalan dihadapan rumah tidak seperti yang dibayangkan kerana warga penduduk setempat boleh berjalan kaki atau menaiki motosikal menuju ke dewan ini.

10) Masalah gejala sosial tak kan berlaku kerana kunci dewan akan dipegang oleh pihak AJK Komuniti sendiri.

Contoh dewan terbuka yang pernah dibina

11) Dewan terbuka biasanya tidak akan dijadikan Gelanggang Futsal, tidak ada aktiviti berkumpulan remaja akan berlaku disini.
Namun terpulanglah kepada komuniti setempat yang akan menentukan perjalananya.

12) Seperti biasa ada juga Parking Lot untuk tetamu yang hadir. Namun agak terhad.

13) Penyambungan Api dan Air sepenuhnya untuk kemudahan penduduk.

14) Mesyuarat atau perjumpaan masyarakat, program motivasi pelajar akan lebih selesa dalam bilik mesyuarat yang dilengkapi air-cond dan berkerusi meja.
(Ruang terhad munkin hanya sesekali jika betul – betul ada keperluan )

15) Segala pemandangan aktiviti masyarakat di dewan terbuka. tidak akan terhalang kerana ianya terbuka tanpa dinding penghalang.

Jadi ini adalah serba sedikit point untuk sokongan dan perhatian anda apabila komuniti anda cuba memohon dana pembinaan dewan terbuka.

Dan suka juga diingatkan untuk anda melakukan pungutan suara supaya semua penduduk tempat anda tahu mengenai pembangunan yang dilakukan ditempat anda.

Pastinya kerjasama dan sokongan dari penduduk diperlukan demi kebaikan dan kepentingan bersama dengan mengambil kira kemakmuran dan keharmonian penduduk pada ketika ini dan unttk masa hadapan generasi kita.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda semua.

Jom Follow telegram onlajer untuk info terkini. https://t.me/onlajer.

The post Kepentingan pembinaa dewan terbuka masyarakat setempat appeared first on Onlajer.

Garis panduan pelaksanaan ibadah korban

$
0
0

Dalam tempoh perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) Negeri Johor Darul Ta`zim ada mengeluarkan garis panduan pelaksanaan ibadah korban.

Garis panduan ini diwujudkan adalah bertujuan untuk menjelaskan kepada Ahli Jawatankuasa Pengurusan Masjid atau Surau yang berhasrat melaksanakan ibadah korban serta menyelaras segala bentuk aktiviti pelaksanaannya dalam Negeri Johor.

Ibadah korban merupakan ibadah umat Islam apabila tiba hari raya Aidiladha. Ibadah korban kebiasaannya dilaksanakan di masjid dan surau secara bergotong-royong menyembelih, melapah, memasak dan kemuncaknya diagih-agihkan daging korban tersebut kepada yang berhak.

Sambutan hari raya Aidiladha pada tahun ini agak berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini disebabkan pelaksanaan PKPP dan penularan wabak Covid-19 yang belum dapat ditangani dengan sepenuhnya.

Semua peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (K.K.M) dan Majlis Keselamatan Negara (M.K.N) hendaklah dipatuhi untuk keselamatan dan kemaslahatan semua.

jawatankuasa ibadah korban masjid dan surau hendaklah meminimakan jumlah haiwan korban dan pelaksanaan sembelihan korban di Pusat Penyembelihan adalah amat digalakkan.

Panduan awal sebelum pelaksanaan ibadah korban

Tempat Pelaksanaan Sembelihan Korban:

Rumah Sembelihan (Abbattoir) Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor.

Rumah Penyembelihan Ruminan Swasta yang dilesenkan sebanyak 16 buah.

Rumah Penyembelihan Sementara diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri sebanyak 14 buah.

Tempat penyembelihan di masjid atau surau yang mendapat kebenaran dan kelulusan daripada Pejabat Kadi Daerah dan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Pematuhan Peraturan Ibadah Korban:

Kawasan masjid dan surau dalam negeri Johor yang tidak mempunyai kemudahan dan tempat penyembelihan korban yang diluluskan oleh Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah serta tidak ada kebenaran daripada Pejabat Kadi Daerah, tidak dibenarkan melaksanakan ibadah korban.

Jawatankuasa Ibadah Korban Masjid dan Surau yang akan melaksanakan ibadah korban hendaklah mengisi dan menghantar Borang Permohonan Ibadah Korban ke Pejabat Kadi Daerah beserta dokumen iaitu;

  • Susun atur khemah atau meja berdasarkan keperluan.
  • Kaedah pengedaran atau pengagihan daging korban.
  • Menyatakan langkah-langkah keselamatan yang diambil.
  • Gambar kandang ternakan korban.
  • Gambar tempat sembelihan ternakan korban.
  • Gambar tempat melapah.
  • Gambar tempat memotong daging korban.Gambar tempat membuang sisa pepejal dan cecair kotoran ternakan korban.

Syarat kelayakan petugas:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur dari 18 hingga 70 tahun;
  • Tidak bergejala seperti demam, batuk, selsema, sakit tekak dan penyakit kronik;
  • Rekod bacaan suhu badan tidak melebihi 37.5°c; dan
  • Petugas yang masih dalam tempoh kuarantin tidak dibenarkan hadir.
  • Bilangan petugas dalam satu-satu masa hendaklah tidak melebihi 20 orang dan jawatankuasa korban hendaklah membuat penggiliran petugas mengikut kesesuaian.

Panduan semasa pelaksanaan ibadah korban di masjid dan surau

Ahli Jawatankuasa Korban Masjid dan Surau yang telah mendapat kebenaran dan kelulusan melaksanakan ibadah korban hendaklah melaksanakan perkara berikut:

Peserta korban dan orang awam tidak dibenarkan berada di lokasi pengurusan ibadah korban melainkan mereka merupakan sebahagian daripada petugas yang dilantik, tetapi boleh hadir secara berperingkat untuk mengambil bahagian daging korban sekiranya diarah berbuat demikian oleh jawatankuasa.


Jumlah kehadiran pada satu-satu masa tertakluk kepada kesesuaian kawasan dan tempat dengan mengelakkan elemen 3S (Sesak, Sempit dan Sembang Dekat).

Merekod kehadiran dan bacaan suhu badan dalam buku rekod atau mengimbas kod QR yang disediakan oleh pihak Jawatankuasa Ibadah Korban.


Memakai pelitup hidung dan mulut (face mask) dan memastikan penjarakan sosial (social distancing).


Memakai kelengkapan diri seperti apron dan sarung tangan kepada petugas

Menggunakan hand sanitizer yang disediakan secara berkala.

Peserta yang mengambil bahagian dalam ibadah korban hendaklah mewakilkan kepada penyembelih atau wakil yang dilantik.

Proses lapah hendaklah dalam keadaan digantung dan proses keratan bahagian daging korban boleh dilakukan di tempat atau khemah yang dikhaskan di masjid atau surau.

Pengagihan daging korban hendaklah dibuat melalui penghantaran secara langsung oleh jawatankuasa atau petugas kepada peserta yang mengambil bahagian dan fakir miskin serta orang ramai berdasarkan senarai nama yang telah ditetapkan.

Sebarang bentuk jamuan untuk petugas hendaklah dibungkus dan di agihkan manakala aktiviti memasak di masjid dan surau adalah dilarang.

Setiap kawasan penyimpanan ternakan, penyembelihan, pelapahan, pemotongan dan pengagihan yang dibenarkan hendaklah melalui proses sanitasi sebelum dan selepas perlaksanaan ibadah korban dilaksanakan.

Bagi sembelihan yang dilakukan di Pusat-Pusat Penyembelihan Jawatankuasa Korban Masjid dan Surau dibenarkan melaksanakan proses pemotongan daging dan pengagihan di khemah atau tempat yang dikhaskan di masjid atau surau.

Panduan selepas pelaksanaan ibadah korban

  • Memastikan keseluruhan tapak penyembelihan, melapah, memotong, mengagih dan tempat pengurusan korban dibersihkan;
  • Sisa pepejal dan sisa cecair seperti darah, tulang, kulit, isi perut yang tidak diperlukan hendaklah ditanam dalam lubang dengan kedalaman satu (1) meter kemudian dikambus dan ditaburkan kapur pertanian.
  • Memastikan semua peralatan yang digunakan perlu dibersihkan, disusun rapi dan disimpan.
  • Membuang peralatan yang digunakan dengan cara yang betul seperti apron, pelitup hidung dan mulut (face mask) dan sarung tangan di tempat yang sesuai atau disediakan;
  • Meninggalkan segera kawasan pengurusan penyembelihan sebaik selesai pelaksanaan ibadah korban
  • Melakukan proses sanitasi sebelum dan selepas perlaksanaan ibadah korban dilaksanakan

Untuk versi penuh anda boleh muat turun dari sini Garis panduan pelaksanaan ibadah korban

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer, https://t.me/onlajer.

The post Garis panduan pelaksanaan ibadah korban appeared first on Onlajer.

Ayam Brand & JAKOA Bantu Komuniti di Kampung Orang Asli Kangkar Senanga, Johor

$
0
0

Komuniti Orang Asli turut terjejas mata pencarian akibat kurangnya peluang ekonomi ekoran wabak COVID-19.

Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) sedang bekerjasama dengan Ayam Brand™ bagi membawa kempen kebajikan komuniti viral #AyamBersamaMu ke komuniti Orang Asli di Johor.

Pantri komuniti #AyamBersamaMu kini berdiri dengan sendiri di 13 lokasi di seluruh negara dengan kerjasama komuniti yang menyumbangkan dan mengambil keperluan harian seperti makanan, bagi membantu mereka yang memerlukan, dan disokong oleh sumbangan produk dari Ayam Brand, Mission Foods dan Alce Nero, antara yang terlibat.

Versi kempen kebajikan komuniti tersebut yang diubahsuai kini sedang dilancarkan di Kampung Kangkar Senanga dengan bekalan produk Ayam Brand dan Alce Nero untuk sebulan bagi kegunaan 22 keluarga Orang Asli.

“Pakej rangsangan yang disediakan untuk Orang Asli telah membantu banyak komuniti tetapi mereka masih menghadapi cabaran ekonomi, khususnya dalam menyara hidup keluarga. Kempen #AyamBersamaMu ini merupakan bantuan yang positif dan tepat pada masanya bagi komuniti Orang Asli, dan menjadi peringatan buat mereka bahawa mereka tidak keseorangan. Ada organisasi dan individu yang prihatin akan nasib mereka. Ucapan terima kasih kami buat Ayam Brand dan Alce Nero di atas kemurahan hati syarikat-syarikat ini menyumbangkan produk makanan sihat berkualiti premium,” kata Prof Dr Juli Edo.

Ketua Pengarah JAKOA, Prof Dr Juli Edo berkata kempen #AyamBersamaMu diperlukan sebagai sokongan dalam bentuk nyata dan psikologi bagi komuniti Orang Asli menerusi sumbangan makanan keperluan dalam tempoh sukar ini.

Oleh kerana komuniti-komuniti ini tinggal jauh di pedalaman, JAKOA akan mengendalikan sokongan logistik dan menyelaraskan tugas dengan En Lim Bin Ab Rahman dan orang tua-tua di kampung dalam mengedarkan sekotak 27 produk kepada ketua-ketua keluarga dalam setiap komuniti, dan pada masa yang sama mengamalkan penjarakan sosial.

“Komuniti-komuniti ini amat terjejas di segi ekonomi, dan sumbangan barangan makanan yang tahan lama merupakan penghubung nyawa yang penting. Kami berharap lebih banyak organisasi akan menyertai kempen #AyamBersamaMu atau memulakan usaha kebajikan sendiri,” tambah beliau.

Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbang lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal dan menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 21,800 orang dari 524 organisasi dan NGO amal sejak 13 tahun lalu.

Kempen kebajikan komuniti #AyamBersamaMu turut memberi sokongan kepada petugas barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh, golongan gelandangan, golongan OKU, anak yatim, ibu tunggal dan orang tua sejak wabak Covid-19 melanda Malaysia. Dianggarkan 20,000 produk Ayam Brand telah diedarkan setakat ini.

“Kami telah menyantuni pelbagai komuniti, terutama mereka yang memerlukan menerusi kempen kebajikan komuniti ini, dan and berpuas hati bekerja dengan JAKOA bagi membantu komuniti Orang Asli. Produk-produk kami sarat dengan zat makanan dan rendah kandungan gula dan garam, menjadikannya sesuai untuk pemakanan Orang Asli. Kami mengubah suai konsep pantri komuniti kerana kekurangan penderma disebabkan lokasi yang terpencil. Kami mengalu-alukan jenama lain untuk turut serta dalam membantu komuniti ini. Kesimpulan daripada kempen #AyamBersamaMu ini adalah kita mampu bantu-membantu sebagai satu komuniti,” kata Pengurus Pemasaran Ayam Brand Malaysia, Cik Teoh Wei Ling.

Kempen #AyamBersamaMu ini umpama pucuk dicita ulam mendatang bagi penduduk Kampung Orang Asli Kangkar Senanga di Johor.

“Waktu ini merupakan tempoh sukar bagi kami kerana aktiviti ekonomi di kawasan kami telah berkurangan dan peluang tidak banyak. Sumbangan oleh Ayam Brand dan JAKOA ini meringankan kesusahan kami dalam menyara keluarga. Kami amat menghargai rasa timbang rasa dan kuantiti produk berkualiti yang disumbangkan. Ini mampu memastikan kesemua 22 keluarga di sini cukup makan untuk sekurang-kurangnya sebulan. Kami belum pernah mencuba tuna, saba atau pasta jadi ini juga merupakan pengalaman baru buat kami!” terang En Lim Bin Ab Rahman.

Seorang penduduk kampung, menganggap sumbangan yang diberi ini sebagai durian runtuh yang amat dialu-alukan oleh komuniti Orang Asli Kangkar Senanga.

“Kami semua kenal jenama Ayam Brand, tetapi ia kami anggap mewah dan hanya untuk majlis istimewa. Dan kini kami ada cukup untuk sebulan. Malah kami tidak perlukan alat pembuka tin untuk menikmati tuna, saba, kacang panggang dan santan ini. Kami berasa seolah-olah seluruh rakyat Malaysia bersama kami di dalam kempen #AyamBersamaMu ini,” kata penduduk kampung.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kempen kebajikan komuniti #AyamBersamaMu, layari https://www.ayambrand.com.my

The post Ayam Brand & JAKOA Bantu Komuniti di Kampung Orang Asli Kangkar Senanga, Johor appeared first on Onlajer.


Harga terkini mesin potong rumput.

$
0
0

Tahu tak anda pada era 90an sebuah backpack mesin pemotong rumput berharga disekitar RM600 keatas.

Waktu ini tak ramai yang mampu nak beli, Walaupun ramai yang mengidamkan. Disebabkan harganya sudah mencapai harga basic pekerja kilang dulu – dulu.

Ramai percaya jika memiliki mesin pemotong rumput ini, mereka mampu membuat extra money dengan membuat kerja – kerja menebas rumput disekitar taman perumahan ataupun di kebun – kebun kecil.

Malah jika ada dalam tiga buah mesin, anda mampu menjadi kontraktor kecil – kecilan. Macam biasalah sub diatas sub.

Pada waktu dulu kebanyakan mata pisau pemotong rumput mengunakan bilah pisau besi. Tetapi setelah dikaji pengunaan tali tangsi lebih digalakan atas faktor keselamatan.

Aksesori yang biasa ada pada sebuah unit mesin:-

Cutting Tool,
Spanner,
Wrench,
Allen key,
Manual,
Grass Cover,
Knapsack Belting

Okeh untuk tidak membuang masa jom kita survey harga terkini mesin pemotong rumput yang biasa dijual dipasaran.

APACHE TurboCUT® BG328 Super Heavy Duty Garden Trimmer Backpack Brush Cutter / Grass Cutter / Mesin Rumput

32.8cc 2-Stroke + 2 YEAR WARRANTY
Very Durable, JAPAN QUALITY
Super Heavy Duty
Spare parts easily available and economical
Spring mounting for better anti-vibration
Lightweight & comfortable
100% Designed in Japan
2 Year Warranty
Full spare part and service support throughout MALAYSIA.
FREE Nylon Cutting String + Plate!

From RM199
More Details: – APACHE TurboCUT® BG328

The post Harga terkini mesin potong rumput. appeared first on Onlajer.

Harga terkini Aksesori popular kereta proton

$
0
0

Sebenarnya kalau nak dicerita pasal aksesori sesebuah kereta pasti banyak yang nak ditambah atau ditukar.

Harganya ada yang murah dan ada yang sampai mencecah ribuan ringgit.

Tetapi itu semua adalah pilihan penguna. Ada penguna yang beli kereta keadaan nya seperti itu. Sampai habis bayar pun tetap seperti itu.

Yang berubah munkin warnaya sudah mula pudar, sudah tak berkilat. Dan yang ditukarganti hanyalah Tayar dan wiper cermin.

Selain dari service berkala, yang lain tak penting. Yang penting rosak itu ganti itu.

Dan munkin saya yang menulis kearah itu. Hanya munkin rim sukan sahaja yang saya ganti dan filem penahan haba yang saya pasang.

Jadi terpulanglah untuk anda semua untuk mencorak kan aliran kewangan untuk pembelian aksesori tambahan kereta anda.

Anda nak tambah tidak ada salah , anda tak nak tambah pun tiada masalah. Hanya kelebihanya anda puas hati atau duit anda tak terusik itu sahaja.

Okeh jom kita lihat aksesori alat ganti yang popular yang biasa kita cari dekat online.

Aksesori popular kereta proton

Getah Wiper

Aksesori popular kereta proton

Yang ini memang patut ditukar, kalau dah keras ataupun kalau time hujan kita on wiper, Wiper jalan laju tapi tak mampu nak mengesampingkan air dari permukaan cermin kereta kita.

Harga yang biasa ada dipasaran bermula dari RM10. Lagi mahal biasanya memang ada. Lagi murah susah sikit lah nak dapat. Tanya Abang – abang yang jual dekat tapak parking bank pun mereka tak berani nak kasi harga bawah market value.

Jadi jika nak survey online boleh survey dari sini :- Windsheild Wiper Blade

Kunci / Casing remote

Aksesori popular kereta proton

Haha yang ini sangat diakui kerana casing remote kereta biasanya tidak tahan disebabkan kita menyimpan didalam poket. Dan jika anda simpan dalam bag tangan pun biasanya bag tangan ada benda – benda lain yang boleh berlaga sesama.

Dan faktor kerosakan casing kunci apabila penguna menekan kuat pada button remote sehingga lapisan silicone didalam nya sudah menjadi kemek ataupun tengelam.

Nak survey casing kunci proton – Jom kita layari kedai online casing kunci dari sini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Jom sertai Telegram onlajer untuk maklumat pantas:- https://t.me.onlajer

Baca juga – Harga terkini Tayar kereta yang patut kita tahu

The post Harga terkini Aksesori popular kereta proton appeared first on Onlajer.

Takwim persekolahan tahun 2021

$
0
0

Sekadar info. Takwim persekolahan tahun 2021.

Sesi persekolahan tahun 2021 akan bermula pada minggu ketiga January.

Mak abah yang berkerjaya bolehlah membuat perancangan awal bagi tujuan persediaan atau pun cuti bersama keluarga.

Dibawah ini saya lampirkan takwim persekolahan nya.

Manakala dibawah ini saya letakkan garis panduan pengurusan disiplin untuk anak- anak bagi perhatian ibubapa dan penjaga.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Jom sertai Telegram onlajer untuk maklumat pantas:- https://t.me.onlajer

The post Takwim persekolahan tahun 2021 appeared first on Onlajer.

Tempat makan Sedap di Johor

$
0
0

Apabila kita bercerita tentang Tempat makan Sedap di Johor. Munkin ada yang berkata.

Makan untuk hidup atau hidup untuk makan. satu perkataan yang punyai makna berbeza.

Tetapi yang penting nya apa bila sudah cukup masanya, perut kita akan meminta – minta untuk diisi.

Jika dari Isnin hingga Jumaat bagi pekerja industri, perut kita seperti sudah diprogram untuk makan pada waktu yang telah ditetapkan.

Seperti sarapan pagi Jam 9.30 dan makan tengah hari Jam 12.00.

Okeh untuk tidak membuang masa saya kongsikan sedikit berberapa lokasi makan sedap di johor yang pernah saya ketahui.

Lokasi pilihan Taman megah Ria, Masai Johor.

Sebuah taman lama, yang berusia tidak kurang 35tahun. Tetapi ada tiga buah Restoran yang menyediakan hidangan Roti Canai yang boleh dikira kena dengan selera masyarat umum.

Tempat makan Sedap di Johor

Tiga restoran ini dkenali sebagai restoran bayan, Restoran kuali emas. dan sebuah lagi dikenali sebagai Nurfaliqa Cafe.

Tempat makan Sedap di Johor

Lokasi sarapan pagi untuk pekerja swasta dan Kerajaan yang biasa berada di sekitar kawasan ini.

Tempat yang sama harga dan saiz yang berbeza. Pelangan tetap kekadang dapat harga istimewa, bergantung kepada Rezeki anda hari ini.

Restoran Kuali Emas juga terkenal dengan kesedapan Nasi Briyani nya. Menu istimewa ini haya ada pada Hari Khamis lebih kurang 10 pagi hingga 2 petang atau lebih awal dari biasa. Konsep layan diri. Anda ambil dan terus bayar. Hari lain lebih kepada nasi campur untuk menu tengah hari. Cuti setiap hari Jumaat.

Bergitu juga dengan Restoran Bayan menu nasi campur untuk juadah makan tenga hari. Cuti setiap hari selasa ataupun jika pemiliknya ada hal.

Manakala Restoran Nurfaliqa, Menu utama Aneka roti canai dan juga sarapan berat seperti Nasi lamak, Nasi goreng , mee goreng lontong dan juga soto. Kombinasi ayam goreng atau telur pilih sahaja. Hari cuti setiap hari selasa. Dan restoran ini juga menyediakan menu ala carte.

Nak rasa duduk dekat warong seperti di kampung anda boleh sahaja duduk di warung sebelah masjid. Menu utama Nasi ambang dan pelbagai juadah yang anda boleh pesan mengikut selera anda.

Jadi jika anda tersasar ke megah ria, kota putri masai anda boleh sahaja mencari restoran yang saya senaraikan disini.

.

The post Tempat makan Sedap di Johor appeared first on Onlajer.

Cadangan garis Panduan Program Maulidur Rasul 2020 dalam Negeri Johor.

$
0
0

Panduan program maulidur Rasul yang patut kita ikuti bagi membendung penularan covid19.

Sempena kedatangan hari keputeraan Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW. 12 Rabiulawal pasti kita akan menyambut nya dengan penuh kesyukuran.

Tanpa hadirnya 12 Rabiulawal mana munkin kita dapat merasai nikmat hadirnya lailatul qadar.nisfu Sya’ban dan yang paling utama nikmat Islam.

Jadi sempena sambutan Maulidur rasul tahun ini yang diselubungi pendemic covid 19. Maka ada beberapa SOP yang patut dipatuhi.

Panduan Program Maulidur Rasul

1) Tiada Perarakan dan Perhimpunan di luar Masjid & Surau.

Panduan program maulidur Rasul

2) Penganjuran Sambutan perlu mendapatkan kebenaran dari pihak berkuasa.

3) Penceramah adalah bermuastatin dalam Negeri Johor dan merupakan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan mempunyai Tauliah dari MAINJ dan perlu memohon kebenaran khas program dari MAINJ.

4) Penceramah luar dari Negeri Johor adalah tidak dibenarkan walaupun mempunyai Tauliah MAINJ.

5) Syarahan yang disampaikan tidak boleh melebihi 1 jam.

6) Jumlah kehadiran tidak boleh melebihi 1/3 dari kapasiti Masjid dan surau dan SOP sentiasa perlu dipatuhi.

7) Golongan berisiko berpenyakit, kanak-kanak bawah 12 tahun dan Warga Asing tidak dibenarkan menyertai program.

8) Tiada Jamuan makan secara duduk beramai-ramai. Jamuan hendaklah bungkusan untuk dibawa pulang.

9) Aturcara Majlis Maulidur Rasul hanya dihadkan kepada

  • Bacaan Al-Quran
  • Berzanji
  • Berselawat beramai-ramai
  • Bacaan Doa
  • Ceramah tidak melebihi 1 jam
  • Edaran Bungkusan Jamuan sebelum bersurai.

Objektif ketetapan garis panduan program Maulidur Rasul ini adalah bagi mengurangkan resiko penularan wabak pendemik Covid19.

Wallahuallam.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer, https://t.me/onlajer.

Baca juga:- Panduan Majlis Khatam Al-Quran

The post Cadangan garis Panduan Program Maulidur Rasul 2020 dalam Negeri Johor. appeared first on Onlajer.

Harga terkini pendawaian elektrik

$
0
0

Okeh setiap tahun harga barangan akan naik . tidak terkecuali untuk khodmat pendawaian elektrik.

Harga dibawah adalah sebagai rujukan terkini. pasti ada plus minus. bergantung kepada JOB yang dieri ataupun budi bicara kontraktor.

Untuk maklumat harga segulung cable 1.5mm dan 2.5mm pada masa tulisan ini dicatat.

1.5mm-RM52, 2.5mm – RM82.

Harga segulung cable 2.5mm dihalaman kedai online popular.

Survey harga sebenar cable dari sini – PVC Cable Survey

SEBUT HARGA PENDAWAIAN ELEKTRIK 1 FASA DAN 3 FASA 2020 BAGI RUMAH KEDIAMAN

1.Harga Pendawaian – Permukaan (surface) menggunakan PVC atau uPVC conduit.

  • Harga pendawaian lampu = RM67
  • Harga pendawaian kipas termasuk hook= RM73
  • Harga pendawaian soket plug single=RM 80
  • Harga pendawaian aircond =RM130-RM160
  • Harga pendawaian water heater =RM 130-RM 170
  1. Harga Pendawaian – Tanam Dalam Simen (conceal):
  • Pendawaian lampu = RM70
  • Pendawaian kipas = RM80
  • Pendawaian soket plug 13A = RM90
  • Pendawaian aircond = RM150 – RM 180
  • Pendawaian Water Heater = RM150-RM180
  1. Harga pendawaian Autogate (Guna Armoured Cable-Pendawaian Bawah Tanah)
  • RM700-Rm1000 (Ikut Panjang Armoured Cable)
  1. Pendawaian Cat5E termasuk faceplate = RM280
  2. Pemasangan pemutus litar ke bumi(Earthing) menggunakan rod kuprum dan penyediaan tapak rod
    = RM150/lot-Rm250/lot
  3. Pemasangan Papan Meter
  • Papan meter single phase = RM100
  • Papan meter three phase = RM250
  1. Pemasangan DB (Switch Board)
  • Single phase 8way hingga 20 way termasuk barang RM400 – RM500
  • Single phase atas 20 way termasuk barang RM550 ke RM750
  • Three phase untuk rumah termasuk barang RM850 ke RM1300
    *Untuk metalclad DB tambah RM200
  1. Barang dalam DB
  • Membekal dan menganti MCB 6A,16A,20A ,32A = RM50 per unit
  • Membekal dan menganti ELCB(automatik) 40A single phase 100ma = RM100
  • Membekal dan menganti ELCB(automatik) 63A single phase 100ma = RM150
  • Membekal dan menganti ELCB(automatik) 63A three phase 100ma = RM250
  • Membekal dan menganti ELCB(automatik) 63A three phase 300ma=RM200
  • Membekal dan menganti Main switch double pole single phase 40A = Rm60
  • Membekal dan menganti main switch double pole single phase 63A = RM100
  • Membekal dan menganti main switch three phase 63A = RM120
  • Membekal dan menganti main switch three phase 100A = RM200
  1. UPAH PASANG SAHAJA
  • Pasang Semua Jenis Lampu Filamen = RM 10- RM15
  • Pasang Semua Jenis Lampu Pendafluor = RM 20-RM 25
  • Pasang Semua Jenis Lampu Downlight termasuk tebuk = RM 18 – RM 25
  • Pasang Semua Jenis Lampu Hiasan = RM35 – RM 50
  • Pasang Kipas 3 bilah biasa = RM35
  • Pasang Kipas hiasan (4 bilah ke atas) = RM45

10.PERMOHONAN BEKALAN TNB

  • Urusan permohonan bekalan TNB single phase RM450 ke RM650
  • Urusan permohonan bekalan TNB three phase RM600 ke RM800
  1. Pemasangan CCTV complete
  • Package 4 camera analog brand Hikvision atau Dahua= RM1590
    ( 4 camera 2mp, 1TB HDD, 5A power supply, Decoder, wiring, setting ke phone jika ada internet tetap)
  • Package 8 camera analog brand Hikvision atau Dahua= RM2790
    ( 8 camera 2mp, 1TB HDD, 10A power supply, Decoder, wiring, setting ke phone jika ada internet tetap)

Baca juga : –Senarai jenama aircond telaris di Malaysia

The post Harga terkini pendawaian elektrik appeared first on Onlajer.

Kualiti premium Kicap Lemak Manis Faizul

$
0
0

Nak cari kicap premium keluaran bumiputra?. Saya perkenalkan Kualiti premium Kicap Lemak Manis FAIZUL.

Biasalah kalau kita nak beli kicap mesti rasanya sesedap dengan jenama yang sudah terkenal. baru kita beli. Namun apabila saya diperkenalkan oleh seorang rakan tentang jenama keluaran bumiputra yang ini. saya terus suka. Rasa memang setanding dengan kicap buatan jenama terkenal.

Kicap ini dihasilkan bagi memenuhi permintaan jenama tempatan dan seterusnya keluaran bumiputra dengan sumber yang berkualiti dan cara penyedian nya bersih dan suci.

Jenama Produk “Faizul” adalah dibawah naungan Qasih Global Sdn. Bhd. Yang dimiliki oleh Mejar Faizul bin Mohd Latif (Bersara).

Produk ini Mula dikeluarkan pada tahun 2020 dengan berkonsepkan 100% Halal dan buatan keluaran Muslim. Bukan sahaja mengeluarkan produk yang halal malah pengurusan serta Pemilikannya adalah dari kalangan orang Islam.

Produk Keluaran “Faizul” juga menitik beratkan ramuan yang berkualiti serta keselamatan makanan bagi penggunanya dengan menawarkan harga yang berpatutan.

Produk FAIZUL ni ternyata sedap, bukan sahaja sedap malah 100% hasil keluaran Melayu Islam.

Kualiti premium Kicap Lemak Manis

Apa lagi fakta yang patut anda ketahui :-
Buy Muslim First
Expired 2 tahun
Bahan-bahan premium dan rasa sedap istimewa
100% Keluaran kilang Muslim
Harga yang berpatutan
Tiada kimia merbahaya
Sangat sedap dan sesuai dimakan bersama nasi atau letak di dalam masakan
Rasa Kicap dengan ekstrak Kacang Soya yang sebenar.

Bahan – bahan Kicap Lemak Manis

Ramuan: Air Kacang Soya, Air bertapis, karamel, Cuka, Gula, Garam, monosodium glutamate dan asid benzoic.

Nak oder kicap :- Klik sini

Atau boleh survey terus dihalaman:- https://www.qasihglobal.com/

Baca juga :- Bisnes Taufufah dan Air Soya Memang Menguntungkan

The post Kualiti premium Kicap Lemak Manis Faizul appeared first on Onlajer.


Tebus RM50 dengan mendaftar Aplikasi MySejahtera

$
0
0

Penggunaan aplikasi MySejahtera menjadi norma baharu buat masyarakat di negara ini sebagai antara kaedah bagi membantu kerajaan, khususnya Kementerian Kesihatan (KKM), dalam pengawasan penularan wabak COVID19 di Malaysia

Aplikasi MySejahtera merupakan satu instrumen penting bagi memperkasa orang ramai menerusi maklumat terkini COVID19 dan nasihat kesihatan, akan membolehkan KKM mengambil tindakan yang cepat dan tepat untuk mengenal pasti serta memaklumkan kontak rapat sekiranya berlaku kes jangkitan COVID19 dalam masyarakat.

Teruskan mematuhi SOP PKPP supaya kita semua dapat putuskan penularan wabak COVID19.

Cara Mendaftar Pengguna Aplikasi MySejahtera

Ikuti langkah berikut untuk menggunakan aplikasi buat kali pertama

  1. Muat turun dan buka aplikasi MySejahtera
  2. Klik butang Daftar Di Sini” bagi mendaftar pengguna baharu
  3. Masukkan nombor telefon bimbit lali klik “Daftar” atau klik pautan “Saya ingin menggunakan e-mel untuk mendaftar” (jika ingin mendaftar menggunakan e-mel)
  4. OTP akan dihantar melalui SMS daripada 63839 sekiranya mendaftar menggunakan nombor telefon. Sekiranya mendaftar menggunakan e-mel. pautan pengesahan pendaftaran akan dihantar melalui e-mel
  5. Isikan OTP yang diterima dan klik butang “Hantar” sekiranya mendaftar menggunakan nombor telefon atau klik pada pautan dalam emel sekiranya mendaftar menggunakan e-mel
  6. Lengkapkan butiran pendaftaran seperti arahan di skrin dan klik butang “Sahkan”
  7. Mesej “Pendaftaran Berjaya” akan dihantar. Klik pada link “Tutup” di bahagian bawah skrin untuk kembali ke laman Log Masuk
  8. Tiba di laman Log Masuk, isikan ID Pengguna (nombor telefon atau e-mel) dan kata laluan anda lalu klik butang “Log Masuk”

Cara Mendaftar Aplikasi MySejahtera

Anda perlu tahu hanya sekali sahaja setiap orang dapat tebus RM50 itu dan pastikan anda memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Pastikan anda ikut arahan di atas untuk daftar dan tebus kredit eWallet anda.

Program ePenjana yang bernilai RM750 juta, Kerajaan akan mengkreditkan RM50 ke dalam akaun e-dompet pengguna. Ini akan dipadankan dengan tambahan baucar, pulangan tunai dan diskaun berjumlah RM50 daripada syarikat khidmat e-dompet.

Inisiatif ini yang akan bermula pada bulan Julai 2020 akan memanfaatkan 15 juta rakyat Malaysia.

Insentif eTunai Rakyat ini, anda mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Warga Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas pada 31 Disember 2020
  3. Pendapatan kurang daripada RM100,000 pada tahun 2018 (RM8,333 sebulan)

Bagi menerima dana tambahan eTunai RM50 melalui BSH, syarat kelayakannya adalah sama seperti syarat kelayakan penerima BPN iaitu:

  1. Warga Malaysia
  2. Lelaki / wanita ketua keluarga dengan pendapatan bulanan RM4,000 ke bawah
  3. Berumur 40 Tahun – 59 Tahun dengan pendapatan RM2,000 ke bawah (Bagi kategori bujang)

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer, https://t.me/onlajer.

The post Tebus RM50 dengan mendaftar Aplikasi MySejahtera appeared first on Onlajer.

Nasihat untuk jemaah di mesjid atau surau.

$
0
0

Alhamdulilah, sejak 12 jun 2020 Masjid di sekitar tempat saya sudah membolehkan kita berjemaah seramai 40 orang tidak termasuk AJK dan petugas masjid.

Dengan ini ramailah yang terbuka hati untuk menunaikan solat berjemaah dikariah masing – masing. Sebelum tu jom kita baca Nasihat untuk jemaah dimesjid atau surau.

PATUHI SOP SOLAT BERJEMAAH DI MASJID DAN SURAU

Di sesetengah mesjid dan surau ada pengerusinya mengadu. Bahawasanya masih ada yang datang ke masjid dan surau untuk bersolat tetapi tidak mematuhi SOP yg ditetapkan. Mohon para jemaah memahami situasi hari ini yang tidak menentu, kita masih dilanda risiko covid19.

Bukan apa kita tidak mahu dijadikan bahan atau modal orang lain mengatakan kita ini adalah kluster jangkitan.

Dari dapat kelongaran berjemaah seramai 40orang , terus balik asal 12 orang atau sekadar , 3 orang. imam, bilal dan noja kan sedih jadinya.

Nasihat untuk jemaah dimesjid atau surau.

Makanya Para ajk masjid dan surau bertanggungjawab dengan masjid dan surau.

Mereka adalah merupakan barisan hadapan berhadapan dengan risiko kesihatan diri sendiri dan jemaah yg lain.

Walaupun ada sesetengah para jemaah yang gagal mematuhi SOP yang ditetapkan kerana pelbagai alasan.

Dan ada yang ambil mudah dan bersikap degil serta “sambil lewa”, mengakibatkan semua jemaah yg lain terdedah dengan risiko kesihatan dan seterusnya boleh menjadikan masjid dan surau menjadi pusat penyakit.

Solat berjemaah di masjid maknanya kita perlu bersedia mengikut perintah masjid yg diketuai oleh imam.

Islam meletakkan penjagaan kebersihan dan keselamatan nyawa di antara perkara yang sangat dititikberatkan.

Masjid dan surau telah menetapkan SOP untuk keselamatan semua jemaah.

Kelengkapan dan syarat untuk berjemaah di masjid dan surau.

Mohon jemaah ;-
1.memakai pelitup mulut.
2.membawa sejadah gebu sendiri.
3.pastikan sihat dan ambil suhu badan.
4.jarak sosial 1 meter.
5.Bawa sendiri pen (jika boleh)

Nasihat untuk jemaah di mesjid atau surau.

Nasihat seterusnya, Sekiranya perkara di atas gagal dipatuhi dan merasakan SOP menyukarkan diri untuk kita patuhi sebagai makmum , maka solat sahajalah berjemaah di rumah.

Pihak berkuasa akan buat pemantauan mengejut di Masjid dan surau.

SEMESTINYA umat Islam yg ke masjid atau surau, biarlah jadi contoh , menitikberatkan hal kebersihan, keselamatan dan jaga rumah Allah, jaga keselamatan sahabat jemaah yg bersama utk bersolat.

Baca juga – Masjid kampung seri merlong

Follow juga telegram onlajer

The post Nasihat untuk jemaah di mesjid atau surau. appeared first on Onlajer.

Buat duit dengan klikjer – Jom daftar sekarang

$
0
0

Buat duit dengan klikjer – Jom daftar sekarang

Yeah tahun 2021. Tahun ini genap lah 9tahun onlajer.com bersiaran.

Seperti biasa ada lah pasang dan surutnya apabila menguruskan sebuah blog ini.

Maklumlah banyak sangat komitment. Ladang online yang lain juga perlu diberi perhatian supaya dapatlah sedikit sebanyak membantu menjana pendapatan.

Dengan blog ini juga sedikit sebanyak dapat lah ia membantu membayar bil air yang saban hari , semakin melambung pengunaan nya.

Munkin juga disebabkan ada berlaku kebocoran paip selepas meter air.

Didalam aktiviti berblog ini . Saya memang banyak berkongsi tentang produk elektrik khususnya “power tools”.

Disebabkan latar belakang saya memang banyak mengunakan peralatan elektrik ini. Maka saya lebih selesa untuk berkongsi cerita tentang nya.

Walaubagai mana pun saya cuba juga untuk berkongsi pelbagai cerita dan juga perkongsian untuk anda menghasilakan side income melalui medium blog ataupun facebook.

Munkin cara saya sudah agak ketingalan. Namun saya percaya ini adalah salah satu cara untuk saya menghasilkan pendapatan secara konsisten setiap bulan.

Walaupun ada juga bulan dalam setahuh saya tidak mampu cash out disebabkan tidak cukup nilai minima untuk sesebuah pengeluaran.

Buat duit dengan klikjer – Jom daftar sekarang

Salah satu program afiliate yang pernah saya sertai.

Nak sertai memang mudah. Ikuti sahaja pautan ini – klikjer sini.

Dekat sana banyak produk ebook yang boleh anda promosikan.

Komisen pun tinggi. Setiap jualan yang terhasil anda akan dapat 50% daripada harga produk.

Yang penting anda rajin utnuk promosikan ebook yang dihasilkan oleh pihak klikjer.

Nak join klikjer – Klikjer sini.

The post Buat duit dengan klikjer – Jom daftar sekarang appeared first on Onlajer.

Jimat RM200 untuk pembelian aircond dan peti sejuk

$
0
0

Jimat RM200 untuk pembelian aircond dan peti sejuk.

Pernah dengar program Save 2.0. Lazada akan memberi anda vaoucher shopping Lazada sebanyak RM200.

Program Save 2.0

Melalui program save 2.0 Kerajaan ada berkerjasama dengan Lazada & shopee .

Mereka akan menyediakan voucher sebanyak RM200 untuk anda membeli aircond atau peti sejuk baru.

Untuk maklumat lanjut anda perlu layari link dibawah ini.

https://invol.co/cl2c6xm

Jenama yang terlibat adalah seperti Daikin, panasonic, Toshiba dan lain – lain.

Syarat – syarat untuk memohon Jimat RM200 untuk pembelian aircond dan peti sejuk: –

  • Wargenegara Malaysia
  • Ada akaun utiliti sama ada untuk Bil Elektri atau sebagainya
  • Alatan elektrik mestilah hanya untuk ratting 4 atau 5 Cekap tenaga bagi tahun 2021.
  • Hanya boleh menebus sekali sahaja untuk satu produk elektrik. Orang jawa kata Chose wisely your product. ahakk 🙂

So untuk anda semua jangan lepaskan peluang.

Kalau beli aircond , tapi takde pemasangan boleh baca panduan ini. Jimat kos pendawaian ringkas aircond.

Apa lagi untuk anda yang ingin membeli boleh terus layari pautan ini…

https://invol.co/cl2c6xm

Selamat mencuba.

Semoga perkongsian Jimat beli aircond dan peti sejuk ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer, https://t.me/onlajer.

The post Jimat RM200 untuk pembelian aircond dan peti sejuk appeared first on Onlajer.

Aircond Kotor Cara Mudah Untuk Membersihkan Aircond Dirumah

$
0
0

Aircond rumah atau penghawa dingin. Alatan elektrik yang perlu ada zaman sekarang ini.

Bukan sahaja level kayangan, Rakyat marhean pun boleh sahaja memilikinya.

Cuma kadar pengunaan nya sahaja yang perlu dikawal selia.

Jika cara pengunaannya tidak terkawal ketua keluarga kita pula akan rasa berpeluh walaupun suhu dibawah 20°c apabila melihat bil tnb.

Sila rancang jadual pengunaan aircond dirumah untuk penjimatan elektrik.

Baca juga:- Kos Pemasangan Penyaman Udara

Penjagaan aircond dirumah.

Filter Aircond dibilik tidur perlu diservice sekurang – kurangnya sebulan sekali.

Nak lagi bagus dua minggu sekali. Bergantung kepada kadar pengunaanya. Dan situasi pesekitaran rumah.

Jika kawasan berhabuk memang lagi kerap lagi bagus.

Untuk major servis pula. Kebanyakan juruteknik aircond menyarankan sekurangv – kurangnya 6 bulan sekali.

Juruteknik biasanya akan mebersihkan roller blower unit dalaman.

Dan juga coil condesor pada unit luar.

Jika tidak terlampau kotor mereka sekadar mengunakan air dan sabun.

Jika kotoran nya agak tebal dan agak susah untuk dibersihkan mereka akan mengunakan sejenis cecair kimia.

Cecair ini akan bertindak balas apabila disembur pada kotoran condensor. Buih – buih kotoran akan terkeluar daripada celah – celah sempit.

Setelah kotoran itu barulah ia akan dibilas dengan mengunakan air yang bersih.

Boleh rujuk pada video dibawah ini.

Angaran kos untuk servis sebuah penghawa dingin bermula daripada RM50 hingga RM450 bergantung keadaannya.

Semoga perkongsian Cara Mudah Untuk Membersihkan Aircond ini bermanfaat untuk anda semua.

Untuk info lebih lanjut ikuti telegram onlajer dari sini :-https://t.me/onlajer.

DIY services aircond.

Waktu sekarang ini ramai yangh ingin berjimat cermat. Kalau boleh semua nak buat sendiri.

Untuk anda yang ada lkatar belakang mekanikal boleh lah cuba buat sendiri.

Untuk servis aircond jangan lupa matikan suis utama ataupun cabut plug. Jika susah sangat lekatkan sahaja tape bertanda silang pada suis aircond.

Buka aircond dengan berhati – hati untuk mengelakan kaki screw patah.

Jika sekadar untuk servise filter tiada apa – apa screw yang perlu dibuka cukup sekadar buka daun cover hadapan. Ambil filter hitam yang ada dihadapan basuh dengan sabun.
Keringkan dan pasang kembali filter tersebut.

Chemical Coil Aircond. Cara Mudah Untuk Membersihkan Aircond.

Banyak dijual dihalaman edagang. Shoppe mahupiun lazada.

Pilih harga yang terbaik. Lihat review baru beli. Lagi baik jika disertakan video cara pengunaanya.

WD40 AC331 3-In-One Air Conditioner Air Cond Cleaner

WD40 Jenama yang tidak asing lagi. Biasanya jenama ini jual produk untuk lubricant. Senang kata dia jual cecair anti karat.

Rujuk sini untuk info harga dan spesifikasinya – WD40 Aircond cleaner

Macam biasa kalau orang nak buka screw yang karat tapi tak boleh nak buka mesti dia minta WD40. Walaupun keberkesanan nya agak diragui oleh tauke bengkel. Namun ia dipercayai seratus peratus pekerja bengkel. hihihi.

Cara pengunaan rujuk gambar dibawah ini.

Cara mudah untuk membersihkan  alat penghawa dingin  dirumah.

Disini saya hanya sertakan satu contoh pembersih coil aircond. Dekat luar sana memang banyak lah jenama dan harga yang boleh anda pilih sendiri.

Untuk halaman utama Aircond coil cleaner klik sini.

The post Aircond Kotor Cara Mudah Untuk Membersihkan Aircond Dirumah appeared first on Onlajer.

Viewing all 198 articles
Browse latest View live